fb fb fb fb fb

Bekalan ayam dan telur, kerajaan import dari Thailand sekiranya perlu

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 17 Oktober- Kerajaan  bersedia mengimport  bekalan ayam dan telur dari Thailland seadainya ada keperluan berbuat demikian.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan berkenaan dilakukan bagi mengelakkan sebarang kenaikan harga selain menampung kekurangan bekalan di pasaran.

"Saya telah memberitahu menterinya (Mohamad Sabu) untuk membeli bekalan dari Thailand sekiranya terdapat keperluan bagi mengelakkan harga daripada naik memandangkan harga barangan (ayam dan telur) turun.

"Jadi tidak ada sebab kita tidak boleh lambakkan di pasaran, seandainya terdapat para peniaga yang ambil kesempatan untuk menaikkan harga", katanya ketika menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid yang bertanyakan tentang langkah pengapungan harga ayam dan telur yang dilaksanakan kerajaan tidak membebankan rakyat.

Tambah Anwar, buat masa ini, kerajaan tidak terburu-buru untuk melaksanakan pengimportan ayam dan telur memandangkan stok kedua-duanya masih stabil serta harga pasaran bagi bahan mentah berkenaan di bawah harga siling.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim)

Media Baharu