fb fb fb fb fb

Bekalan air Terengganu cukup sepanjang Aidilfitri - SATU

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (SATU), Abdul Karim Endut (tengah) bercakap kepada media pada Majlis Berbuka Puasa SATU Bersama Media, Anak Yatim dan Asnaf di sebuah hotel Kuala Terengganu/BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 25 Mac- Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) memberi jaminan bekalan air sepanjang Aidilfitri mencukupi meskipun dijangka berlaku peningkatan antara tiga hingga empat peratus.

Ketika ini, kadar penggunaan air di Terengganu ialah sekitar 829 juta meter padu sehari.

Ketua Pegawai Eksekutif SATU, Abdul Karim Endut berkata bagaimanapun beliau berkata keupayaan atau kapasiti pengeluaran air bersih di 15 buah loji seluruh negeri lebih tinggi iaitu kira-kira 1,030 juta meter padu sehari.

Pihaknya mempunyai bekalan yang mencukupi serta rizab sehingga 22 peratus untuk tampung peningkatan penggunaan terutama di beberapa daerah seperti Besut dan Hulu Terengganu.

Bagi memastikan kelancaran operasi pada musim Aidilftri, 80 petugas bersiap sedia menangani sekiranya berlaku gangguan air di mana-mana tempat.

"Walaupun hari raya, kita ada petugas di loji itu. Kita ada pasukan yang bersedia, maknanya tidak boleh balik kampung, Kuantan ke tidak boleh.

Keseluruhan pasukan operasi mengikut keperluan. Contohnya, pasukan jurugegas operasi memang tidak boleh orang lain. Saya pun tidak boleh masuk, hanya jurugegas elektrik dalam masa bersedia," kata Abdul Karim kepada pemberita, pada Isnin.

Beliau ditemui selepas meraikan anak-anak asnaf dan yatim dalam majlis iftar di Kuala Terengganu.

30 penerima diraikan pada majlis yang turut dihadiri Presiden Kelab Wartawan Terengganu, Ahmad Shafri Husnaini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya telah mendapatkan kebenaran pihak berkuasa untuk vendor bergerak ketika Aidilfitri bagi membantu sekiranya situasi luar jangka berlaku.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM