fb fb fb fb fb

Beg sandang peniaga terjatuh sungai dijumpai

BESUT, 17 Februari - Operasi mencari dan menyelamat seorang peniaga yang dilaporkan hilang selepas pacuan empat roda dipandunya terjunam ke dalam Sungai Tembila, di sini diperluas.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Muhammad Basri Kamarazaman berkata radius pencarian diperluas lebih lima kilometer melibatkan 60 kekuatan daripada pelbagai agensi.

Menurutnya, operasi hari ini turut memperoleh petunjuk baharu dengan penemuan beg sandang mangsa pada pukul 12 tengah hari.

"Beg sandang itu ditemukan pada jarak empat kilometer dari lokasi kereta mangsa terjunam.

"Operasi mencari dan menyelamat akan diteruskan menerusi teknik pencarian di permukaan serta tebing sungai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.00 pagi semalam kenderaan dinaiki Shukri Wahab, 52, bersama isteri Azizah Mohamad Yusof, 51, dipercayai hilang kawalan lalu terjunam ke dalam Sungai Tembila.

Bagaimanapun, Azizah berjaya diselamatkan selepas tersangkut dan bergayut pada pokok di tepi sungai.

Media Baharu