
KUCHING, 13 September – Polis Sarawak akan memanggil beberapa lagi saksi untuk melengkapkan siasatan berhubung nahas helikopter perkhidmatan doktor udara (FDS) di Long Lelang, Ulu Baram, Miri.
- Siasatan bertujuan mengenal pasti laluan helikopter sebelum kejadian.
- Polis akan menziarahi tempat-tempat yang berkaitan untuk siasatan lebih teliti.
- Pesuruhjaya ditemui selepas menghadiri majlis makan malam bersama 20 pengamal media tempatan.
- Sehingga kini 19 saksi telah dirakam keterangan; siasatan turut meliputi lokasi persinggahan helikopter sebelum kejadian.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, perkara itu bagi mengenal pasti laluan helikopter terbabit sebelum nahas itu berlaku.
“Mungkin beberapa lagi saksi yang kita akan panggil dan pergi ke tempat-tempat yang saya sebutkan tadi untuk menjalankan siasatan lebih teliti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam bersama pengamal media tempatan di sini.
Majlis makan malam itu dihadiri seramai 20 pengamal media tempatan itu diadakan bagi menghargai peranan media dalam menguar-uarkan usaha polis Sarawak.
Setakat ini, seramai 19 saksi telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan yang turut meliputi lokasi persinggahan helikopter FDS sebelum ke Long Lelang, bagi mengenal pasti kemungkinan faktor yang menyebabkan insiden berkenaan.