BALING, 29 Oktober-Beberapa kawasan di Baling dilanda kilat susulan hujan lebat yang melanda daerah berkenaan selama hampir empat jam bermula pukul 5.00 pagi tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (Pertahanan Awam) Mohd Faizol Ab Aziz berkata, antara kawasan terjejas termasuk Kampung Batu 8, Tanjung Pari, Bukit Sebelah dan Kampung Bukit Sebelah.
Perkarangan Masjid Kampung Batu 8 yang terletak bersebelahan sungai turut dipenuhi air.
Bagaimanapun, tiada penduduk yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara, PPS dan keadaan masih terkawal.
Beliau berkata, pihaknya bersama agensi penguatkuasa yang lain melakukan pemantauan dari semasa ke semasa.
Penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berdekatan sungai diminta berpindah dengan segera ke kawasan lebih selamat sekiranya keadaan bertambah buruk di kawasan.
Jelasnya, penduduk juga diminta memastikan dokumen peribadi disimpan dengan baik mengelak sebarang kesulitan.