KUALA LUMPUR, 29 Oktober- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, 99, telah dibenarkan keluar daripada hospital setelah hampir dua minggu dirawat akibat jangkitan saluran pernafasan.
"Tun Mahathir dibenarkan keluar daripada hospital semalam (Isnin)," menurut kenyataan pejabatnya kepada AFP, sambil menambah bahawa beliau akan kembali bekerja di pejabat seperti biasa.
Beliau yang menyambut ulang tahun ke-99 pada Julai lalu, dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas itu akibat "batuk berterusan."
Terdahulu, Tun Mahathir pernah menjalani rawatan hampir tiga bulan di hospital pada awal tahun ini. -AFP
BERITA BERKAITAN