KOTA KINABALU, 29 Oktober - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis nasihat mengenai taufan Kong-Rey, yang dikesan kira-kira 1,662 kilometer (km) ke timur laut Kudat, Sabah.
MetMalaysia menerusi kenyataan hari ini memaklumkan bahawa taufan tersebut berada pada kedudukan latitud 17.8 utara dan longitud 127.3 timur, kira-kira 770 km ke timur laut Manila, Filipina.
Berdasarkan pencerapan pada pukul 8 pagi, MetMalaysia melaporkan bahawa taufan tersebut bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 15 km sejam (km/j), dengan potensi kelajuan maksimum mencapai 130 km/j.
"Tiada kesan signifikan taufan tersebut ke atas Malaysia," menurutnya.- BERNAMA