fb fb fb fb fb

Banjir di Perlis, beberapa kampung terjejas

KANGAR, 16 Oktober- Hujan lebat yang melanda Perlis sejak awal pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air sekali gus menjejaskan penduduk Kampong Seriab, Kampung Bakau dan Kampung Sentua di Kangar.

Penduduk sekitar kawasan berkenaan dinasihatkan peka kepada arahan semasa oleh agensi keselamatan berikutan amaran waspada hujan berterusan tahap kuning yang dikeluarkan oleh MET Malaysia (Jabatan Meteorologi) 11.45 pagi tadi.

 
(Sekitar Kampung Alor Setar, Pauh, Perlis yang dinaiki air)

Menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Perlis Leftenan Kolenal (PA) Mohd Izaimi Mohd Daud, anggota APM ditugaskan memantau kawasan-kawasan terjejas serta menasihatkan penduduk terlibat sentiasa waspada dengan sebarang kemungkinan risiko yang akan berlaku.

"Kita telah kenal pasti beberapa rumah terutama di kampung sentua, kita kenal pasti enam buah rumah, di kampung-kampung lain kita masih kumpul data, kita masih menjejaki data rumah yang terjerjas dan kebanyakan rumah di masuki air paras buku lali," katanya di sini.

Sehingga kini tiada penduduk yang terjejas banjir di tempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) namun penduduk yang terjeas dinasihatkan berwaspada ekoran ramalan cuaca MET Malaysia mengelurkan amaran waspada.

Media Baharu