fb fb fb fb fb

372 peserta sertai Angsi Forest Challenge

NEGERI SEMBILAN, 16 Oktober- Sukan mendaki gunung yang menjadi trend ketika inimerupakan mekanisme dalam memperkenal gaya hidup sihat dan platform mempromosi industri pelancongan.

Menurut Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, ia termasuk program Angsi Forest Challenge 2022 yang mendapat penglibatan daripada 372 peserta dari seluruh negara dan 27 peserta dari 13 negara luar yang dapat memperkenalkan eko-pelancongan.


(Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun semasa Majlis Pelancaran Bulan Sukan Negeri Sembilan)

Peserta dapat merasai pengalaman menerusi dua laluan masuk iaitu melalui Taman Eko Rimba Ulu Bendul dan laluan kedua di Jalan Lama Bukit Putus.

"Kita sekalikan dan kita berharap kita sedia maklum contoh gunung datuk gunung angsi jadi tumpuan utama pelancong atau peminat pendaki gunung untuk mereka melatih sebelum mereka mendaki gunung lebih mencabar lagi," katanya pada pelepasan program larian Angsi Forest Challenge 2022 di Ulu Bendul, Kuala Pilah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan, Saleh Awaluddin berkata, penganjuran kali kedua program itu tampil dengan pembaharuan laluan trek dan penambahan kategori yang dipertandingkan termasuk waktu larian yang dimulakan seawal pukul tiga pagi.


"Bila kita lihat aktiviti seperti ini satu penginapan homestay hotel diorang booking untuk datang kerana penyertaan bukan hanya dalam negeri sahaja tetapi luar daerah nNegeri Sembilan sendiri kita ada penyertaan Kedah, Johor, Selangor jadi kita melihat bahawa kerancakan aktiviti eko tourism menggalakkan sumber pendapatan masyarakat setempat dan juga masa sama meningkatkan pendapatan kerajaan negeri," katanya


Media Baharu