fb fb fb fb fb

Beberapa daerah di Kerian masih dinaiki air banjir

Banjir di Kerian, Perak

BAGAN SERAI, 7 Oktober - Beberapa kawasan di Kerian, Perak masih dinaiki air berikutan banjir yang melanda daerah itu sejak Rabu lalu.

Tinjauan mendapati, 120 penduduk daripada 34 keluarga masih di tempatkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu di SK Changkat Lobak dan SK Parit Haji Aman Bagan Serai.

Antara kawasan yang terjejas banjir di daerah itu ialah Kampung Matang Tengah, Kampung Beriai, Kampung Air Itam 2 dan Kampung Parit Ali Talang.

"satu lagi orang panggil fenomena juga dekat sini kan dia macam kalau dekat sini tidak hujan daerah kerian tak hujan tapi air daripada selama dan ijok akan ke sini disebabkan tempat takungannya bukit merah kolam bukit merah so jika lebihan air daripada selama dan ijok tu akan datang sini untuk ke tangki penyimpanan kolam bukit merah" jelas LT (PA) Hazwan Hakim Shamsudin, Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kerian.

Sementara itu, bagi penduduk banjir yang berlaku tahun ini antara yang terburuk pernah berlaku di kawasan itu.

Seramai 8 petugas dari Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis Di Diraja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bertugas 24 jam secara bergilir di PPS berkenaan bagi menjaga kebajikan penduduk terjejas banjir.

Trainee2