fb fb fb fb fb

Bazar Ramadan: Peniaga di Pahang diingatkan jaga kualiti dan kebersihan

Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang/ Foto RTM

MARAN, 12 Mac -Peniaga di Pahang diseru supaya memastikan kebersihan dan kualiti makanan di bazar Ramadan sentiasa terjamin.
 
Exco Hal Ehwal FELDA, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam berkata, peniaga juga digalakkan mengenakan harga yang berpatutan selain melaksanakan promosi yang beretika kepada pengunjung.
 
“Saya nasihatkan kepada peniaga-peniaga untuk mengenakan harga yang berpatutan dan juga promosi yang baik, yang positif kepada penguna pengguna,dan yang paling penting jaga kebersihan", kata Amizar selepas ditemui media pada Majlis Pelancaran Pecah Tanah Skim Tanah Rakyat (STR) di Jengka 14, di sini.
 
Amizar turut berkata tindakan tegas akan diambil terhadap peniaga yang menjual produk yang kotor atau tidak berkualiti.
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD