fb fb fb fb fb

ASNB lancar RIA, Penasihat Pelaburan Robo

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 12 Mac- Amanah Saham Nasional Berhad; ASNB memperkenalkan RIA, Penasihat Pelaburan Robo di aplikasi myASNB.

Ciri baharu yang bertujuan memudahkan urusan pelaburan itu, merupakan langkah penting ke arah pelaburan lebih inklusif dan mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Muzzaffar Othman, inisiatif berkenaan turut mencerminkan matlamat baharu PNB dalam mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.

Menerusi RIA, ASNB turut menawarkan portfolio peribadi dan automasi transaksi utama melalui ciri Auto Labur.

RIA turut menangani isu-isu penting seperti literasi kewangan, pelaburan minimum yang tinggi dan akses kepada nasihat profesional.

Bermula dengan deposit minimum seratus ringgit, RIA memenuhi keperluan pemegang unit ASNB sedia ada dan pelabur kali pertama dengan bajet lebih kecil.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE