fb fb fb fb fb

Pengecualian bayaran sewa pengusaha kantin dalam sekolah dilanjutkan enam bulan

KUALA LUMPUR, 21 Jun - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melanjutkan pengecualian bayaran sewa bagi pengusaha kantin serta ruang atau premis dalam sekolah dari 1 Julai hingga 31 Disimber depan.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata keputusan diambil dengan mengambil kira situasi ekonomi semasa dan memahami pengusaha kantin dan penyewa premis sedang dalam proses pemulihan kesan pandemik COVID-19.

(Dr Radzi berkata demikian dalam satu hantaran video di Facebook rasminya)

"KPM yakin pelanjutan untuk tempoh 6 bulan ini akan dapat membantu dan memberi manfaat kepada pengusaha kantin dan penyewa premis di sekolah KPM dan seterusnya memberi manfaat kepada warga sekolah," kata Dr Radzi di sini.

Kementerian Pendidikan sebelum ini dilapor memberi pengecualian sewaan kantin dan premis atau ruang perniagaan di institusi bawah kementerian itu sehingga Jun ini.

Pelanjutan pengecualian bayaran sewa berkenaan berupaya meringankan beban kewangan pihak terbabit.

Media Baharu