fb fb fb fb fb

Expo TVET@KPLB dari Khamis hingga Sabtu ini di Dataran Amanjaya Mall

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 21 Jun- Expo TVET@KPLB akan berlangsung pada Khamis hingga Sabtu ini di Dataran Amanjaya Mall, Sungai Petani Kedah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Datuk Che Murad Sayang Ramjan berkata program bagi memberi pendedahan dan peluang pendidikan TVET kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat dalam bidang teknikal dan vokasional.

"Pada saya, ini masa yang tepat sebab pelajar baharu saja dapat keputusan SPM baru-baru ini. Jadi ramai pelajar di luar sana yang mungkin tertanya-tanya apakah peluang mereka untuk melanjutkan pelajaran. Sebagaimana maklum kita ada dua iaitu satu akademik dan satu lagi orang kata kemahiran.

"Semalam juga dalam ucapan Perdana Menteri pada minggu TVET negara, beliau menyatakan kalau boleh sasaran adalah 55% kita nak supaya pelajar pergi ke bidang TVET.

"Selain turut mengumumkan dermasiswa daripada pelajar B40 untuk program TVET ini," katanya ketika menjadi tetamu program rancangan RTM di Angkasapuri.

(Che Murad Sayang Ramjan)

Upacara perasmian Expo TVET@KPLB akan dilakukan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Media Baharu