fb fb fb fb fb

Bayaran aktiviti rekreasi di Bukit Kledang ditangguh

IPOH, 6 Jun - Perlaksanaan bayaran yang dikenakan Jabatan Perhutanan Negeri Perak terhadap aktiviti mendaki di Bukit Kledang di sini ditangguhkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Rabu ini.

Jelas beliau Pengarah Perhutanan Negeri, Datuk Mohd Zin Yusop akan menyediakan kertas makluman berhubung perkara tersebut sebelum tindakan susulan diambil.

(Saarani ketika ditemui pemberita)

"Dia (Datuk Mohd Zin ) kata dia mengambil maklum dan akan menyediakan kertas makluman dan dia akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Saya pun perlu ambil tahu apa asasnya, apa rasionalnya dan siapa yang terkesan. Kita akan ambil tahu dan semestinya nanti daripada apa yang dilaporkan oleh Datuk Mohd Zin, kita akan bincangkan dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada hari Rabu minggu ni," kata Saarani di sini.

Beliau berkata demikian pada Program Menteri Besar Perak bersama Rakyat (MESRA) di Tapah hari ini.

Sebelum ini, Jabatan Perhutanan Negeri menerusi satu kenyataan memaklumkan, penduduk yang ingin melakukan aktiviti rekreasi termasuk mendaki di Bukit Kledang, Ipoh perlu memohon pas tahunan dengan bayaran sebanyak RM200 berkuat kuasa Julai depan.

Media Baharu