fb fb fb fb fb

Program Rakan Muda Day Out peringkat negeri Perlis kumpul 384 kg sampah

SANGLANG, 6 Jun- Sebanyak 384 kilogram sampah sarap berjaya dikutip oleh sukarelawan Program Rakan Muda Day Out Siri 2 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia peringkat negeri.

Program anjuran Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis bersama @trash.hero.perlis dan Pusat Khidmat DUN Sanglang serta Jabatan Alam Sekitar Negeri Perlis ini diadakan di persisiran pantai Sungai Padang-Padang Keria.

Menurut Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis, Mohd Nizam Mat Daud, kebanyakan sampah yang dikutip adalah botol plastik dan 40 sukarelawan mengambil masa dua jam untuk membersihkan kawasan tersebut.

Sikap tidak bertanggungjawab segelintir masyarakat dalam menjaga kebersihan harus dielakkan bagi menangani masalah berlakunya lambakan sampah di sekitar kawasan.

Semua pihak termasuk agensi kerajaan, persatuan badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam harus memainkan peranan penting dalam menjaga kebersihan alam sekitar khususnya membabitkan tempat awam.

Majlis perasmian penutup program disempurnakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Azizan Sulaiman.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Sanglang, Mohd Shukri Ramli.


(Seramai 40 orang sukarelawan mengutip sampah di persisiran pantai Sungai Padang-Padang Keria)

Media Baharu