fb fb fb fb fb

Bas Rapid Penang terbakar di Jalan Burma

FOTO BOMBA

GEORGE TOWN, 3 Februari- Sebuah bas Rapid Penang terbakar di Jalan Burma, sini, Pulau Pinang, petang tadi.

Bagaimanapun, pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berhampiran Balai Polis Pulau Tikus di Jalan Burma pada pukul 5.10 petang.

Sebaik tiba di lokasi, bomba mendapati bas berkenaan terbakar pada bahagian belakang termasuk enjin.

Pemeriksaan mendapati anggaran kemusnahan kebakaran adalah sebanyak 50 peratus.

Dalam kejadian itu, pemandu bas dilapor menyedari kepulan asap dari bahagian enjin ketika memberhentikan kenderaan sebelum memgarahkan semua penumpang turun.

0302 BAS RAPID TERBAKAR

FOTO BOMBA

SITI AISHAH BINTI MD ISA