fb fb fb fb fb

Barcelona kalahkan Mallorca, rampas semula tangga kedua La Liga

(FOTO REUTERS)

MADRID, 2 Mei - Barcelona mengambil langkah besar ke arah memastikan tempat dalam Liga Juara Eropah musim depan apabila mencatat kemenangan menewaskan Real Mallorca 2-1 di Camp Nou.

Kemenangan itu menyaksikan mereka merampas semula tangga kedua La Liga Sepanyol daripada Sevilla.

Barca mendahului pada minit ke-25 apabila Memphis Depay melakukan larian bijak untuk mengutip hantaran Jordi Alba sebelum merembat separuh voli ke sudut bawah gawang Mallorca.

(Barcelona meraih kemenangan 2-1 atas Real Mallorca/AP)

Tuan rumah membalas satu gol menggandakan kelebihan sembilan minit selepas rehat apabila Sergio Busquets melakukan rembatan rendah dari tepi kotak penalti ke dalam jaring.

Mallorca membalas satu gol menerusi gol jaringan Antonio ketika permainan berbaki 11 minit.

Berbaki empat perlawanan musim ini, Barcelona kini dua mata di hadapan Sevilla dan sembilan mata di depan pasukan di tangga kelima, Real Betis yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

"Saya agak berpuas hati. Terutama dengan kemenangan, tetapi juga dengan permainan," kata jurulatih Barcelona, ​​Xavi Hernandez. -AFP

Media Baharu