fb fb fb fb fb

Barangan makanan mencukupi hadapi musim tengkujuh -Nancy

(FOTO RTM)

KUCHING, 24 September - Kenaikan harga barangan keperluan termasuk makanan dijangka tidak menjejaskan bantuan kerajaan kepada Pusat Perlindungan Sementara (PPS) ketika musim tengkujuh.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kementeriannya termasuk agensi lain tidak akan mengurangkan bekalan yang diperlukan oleh PPS.

“Kita akan salurkan bantuan makanan seperti biasa, tidak dikurangkan kerana perkara itu menjadi tanggungjawab kerajaan.

“Kebiasaannya pada hari pertama (Pusat Pemindahan Sementara dibuka) Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan pek makanan disteril dan kemudiannya perkara lain kita atur berdasarkan keperluan pusat,” katanya demikian kepada pemberita selepas hadir meraikan Hari Jantung Sedunia 2023 di Pustaka Negeri Sarawak di sini, hari ini

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Dr Hazland Abang Hipni.

Datuk Seri Nancy turut memaklumkan,bantuan telah disalur di PPS yang kini diaktifkan akibat banjir di Sarawak, Sabah dan Perak.

Dalam pada itu, Nancy turut memberitahu bahawa kementeriannya sudah bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan banjir yang diramal November ini.



( Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri)

Media Baharu