fb fb fb fb fb

Bantuan untuk golongan B40, syarikat TEB pentingkan aspek pendidikan, pekerjaan dan ekonomi

KUALA LUMPUR, 30 Mac- Pendidikan, pekerjaan dan ekonomi antara teras utama anak syarikat Lembaga Tabung Haji, Theta Edge Berhad (TEB) dalam membantu golongan B40.

Sehubungan itu, TEB telah melancarkan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dikenali sebagai #thetaCares.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TEB, Nuraslina Zainal Abidin berkata tujuan utama pelaksanaan inisiatif ini adalah membangunkan ummah selain menjadi pemangkin kepada perubahan ekonomi dan gudang ilmu digital untuk komuniti B40 dan asnaf di negara ini.

"Ini adalah langkah pertama Theta Edge mengurangkan jurang digital untuk miskin bandar dan miskin luar bandar jadi kita bekalkan komputer dan kandungan digital dan tiga kursus bimbingan atas talian," kata Nuraslina ketika ditemu bual media RTM.


(Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TEB, Nuraslina Zainal Abidin ditemui media pada majlis berkenaan)

Majlis Pelancaran #thetaCares ini telah disempurnakan dan dirasmikan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Sejak Februari lalu,sebanyak 1,100 buah komputer sudah diberikan di 11 negeri dan bakal diagihkan sepenuhnya hingga Disember 2023.

Selain itu, TEB turut memperkenalkan, Digital Masjid yang menyasarkan institusi agama dan masjid di beberapa negeri dengan menyalurkan sumbangan komputer sebanyak 540 buah dekstop, penyediaan aplikasi pengurusan kewangan, 'dashboard' dan 'cloud storage'.

Media Baharu