fb fb fb fb fb

Imbas kod MySejahtera, KKM perhalusi cadangan henti penggunaan

(GAMBAR FAIL)

PUTRAJAYA, 30 Mac - Keputusan sama ada untuk menghentikan prosedur mengimbas kod QR MySejahtera setiap kali masuk ke premis akan diperhalusi.

Jelas Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, ia bergantung kepada pola pergerakan orang ramai selepas pembukaan sempadan negara.

(Khairy Jamaluddin ditemui selepas Penutupan Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu
Kebangsaan dan Pelancaran Hari Aktiviti Fizikal Sedunia di Putrajaya)

"Kita hendak tengok dengan pembukaan sempadan dan juga kelonggaran yang diberi pada 1 April, sekiranya ada perubahan dalam 'pattern morbidity' dan juga jangkitan untuk tempoh masa beberapa minggu, kalau tidak ada perubahan yang ketara kita boleh hentikan.

"Cuma saya hendak tunggu sekejap bila buka sempadan ini dengan ada kelonggaran bulan puasa dan sebagainya, saya hendak tengok kalau ada apa-apa perubahan dari segi morbidity dan juga jangkitan, dimana jangkitan itu berlaku, itu masih lagi kita ada dalam data MySejahtera, kalau tidak bertukar banyak kita boleh hentikan," katanya ketika ditemui selepas Penutupan Program Pengurusan Berat Badan Bersepadu Kebangsaan dan Pelancaran Hari Aktiviti Fizikal Sedunia, di sini.

Sebelum ini, Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menegaskan sudah tiba masanya amalan mengimbas kod MySejahtera setiap kali memasuki premis dihentikan ketika negara sedang memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April.

Media Baharu