KUALA LUMPUR, 1 September - Penerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) disaran mengelak daripada berbelanja pada waktu puncak.
Menurut perkongsian Kementerian Kewangan (MOF), orang ramai boleh membeli belah pada hari bekerja dan waktu pagi.
"Rancang waktu yang sesuai bagi memudahkan urusan, iatu pada hari Selasa hingga Khamis," demikian menurut MOF menerusi info grafik yang disiarkan di Facebook.
Perkongsian itu turut menyarankan agar penerima mengelakkan daripada membuat pembelian pada musim cuti.
Ini memandangkan waktu cuti kebiasaannya lebih sesak.
"Jangan panik atau terburu-buru. Berbelanja mengikut keperluan," katanya.
Bantuan SARA sebanyak RM100 secara sekali beri kepada semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa perlu membuat permohonan.
Ia boleh digunakan di lebih 7,000 premis perniagaan berdaftar seluruh negara sehingga 31 Disember ini.