fb fb fb fb fb

Bantu siasatan tanah runtuh, lebih ramai individu akan dipanggil - Polis

(FOTO HIASAN)

BATANG KALI, 19 Disember - Polis akan merakam keterangan pihak pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Choong, Kuala Lumpur dan mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father's Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah berkata pihaknya sudah meminta semua individu terbabit untuk tampil membantu siasatan.

(Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah / FOTO FAIL)

"Semalam, kita sudah merakam keterangan tiga individu dan saya percaya dalam kes ini ramai lagi yang akan dipanggil, termasuk mangsa yang tercedera dan selamat.

"Polis sudah menghubungi pihak SJKC Mun Choong dan mengatur satu perjumpaan untuk membuat rakaman percakapan daripada mereka dalam masa terdekat," katanya pada sidang media di lokasi tanah runtuh, di sini.

Sabtu lalu, polis telah memanggil tiga individu iaitu pengusaha tapak perkhemahan berkenaan dan dua pekerjanya bagi membantu siasatan.

Polis juga telah mengenal pasti lima daripada tujuh kenderaan yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh berkenaan.

Dua daripada pemilik kenderaan tersebut telah meninggal dunia dan terselamat, manakala seorang lagi masih hilang.

Media Baharu