JITRA, 4 Disember- Seramai 45 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dan 45 pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) hari ini bergotong-royong membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan Seri Banai yang terjejas teruk dalam kejadian banjir.
Program turut disertai Naib Canselor UUM Datuk Prof Dr Mohd Foad Sakdan.
Skuad Ihsan Madani UUM-UniMAP ini sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan kembali sekolah ini untuk digunakan para pelajar.
Banjir kali ini melepasi sebahagian bumbung bangunan Sekolah Kebangsaan Seri Banai dan sebahagian barangan dan peralatan termasuk buku-buku dan Al-Quran turut ditengelami banjir.
Selain itu, kerja-kerja mencuci dan membersihkan lumpur turut dibantu pelbagai agensi dan jabatan termasuk sukarelawan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan pihak bomba.