fb fb fb fb fb

Banjir: Trak tentera lebih 10 tan bakal dikoordinasi - TPM

Ahmad Zahid Hamidi

TEMERLOH, 14 November- Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk mengkoordinasi trak yang berkapasiti lebih 10 tan dalam tempoh Monsun Timur Laut atau musim tengkujuh.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerja-kerja pemindahan penduduk terjejas banjir sebelum ini menggunakan lori berkapasiti lima tan.

"Sekarang guna lori lima tan, tetapi kita akan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia untuk memobilisasikan trak berkapasiti 10 tan ke atas," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak tebatan banjir di Kampung Tanjung Kerayong, Mentakab di sini.

Beliau juga memberitahu bantuan akan disalur kepada semua penduduk terjejas, tidak kira fahaman politik.

Lima daerah iaitu Temerloh di Pahang, Segamat dan Kota Tinggi di Johor, serta Kota Belud dan Kota Marudu di Sabah diramal berlaku luruan hujan luar biasa bermula esok.

Penduduk dinasihat untuk berpindah lebih awal jika diarahkan oleh pihak berkuasa bagi mengelak kejadian tidak diingini daripada berlaku

"Dari segi piawaian, kita mempunyai early morning system. Senarai bakal penduduk terjejas sudah ada pada NADMA dan kita nasihatkan mereka untuk berpindah awal," katanya lagi.

SITI AISHAH BINTI MD ISA