fb fb fb fb fb

Banjir: Tiga PPS masih dibuka di Perak

(Foto fail)

PERAK, 16 Disember- Seramai 87 penduduk terjejas banjir dicatatkan di Perak melibatkan 21 keluarga dari tiga daerah, setakat pukul 7.00 pagi tadi.

Portal Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, daerah Hilir Perak merekodkan penduduk terjejas tertinggi iaitu 54 orang daripada 12 keluarga yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib (SMART) Batu 4.

"Ia diikuti daerah Manjung di PPS SAR Padang Serai yang menempatkan 28 penduduk daripada tujuh keluarga dan daerah Kampar di PPS DOR Kampung Tebing Tinggi Malim Mawar melibatkan tujuh orang daripada dua keluarga.

"Angka itu kekal sejak pukul 12.00 tengah malam tadi," menurut NADMA.

(Foto fail)

Media Baharu