fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu pulih sepenuhnya

Kesemua PPS di tiga daerah ditutup. /Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 28 Disember - Banjir gelombang ketiga di Terengganu yang bermula pada 26 Disember dilaporkan pulih sepenuhnya.

Semua tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup secara rasmi pada pukul 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri memaklumkan, seramai 91 penduduk yang berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering, SK Tok Jembal, Kuala Nerus dan SK Kompleks Mengabang Telipot telah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

Menurut kenyataan itu, keadaan cuaca yang baik bermula pagi semalam hingga petang ini membolehkan penduduk kembali ke rumah bagi membersihkan kawasan yang terjejas.

Banjir gelombang ketiga sebelum ini menjejaskan tiga daerah iaitu Dungun, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

Hujan lebat berterusan melebihi 10 jam bermula malam Khamis hingga petang Jumaat lalu menyebabkan lebih 400 penduduk terjejas dan terpaksa dipindahkan ke PPS.

MUHAMMAD 'AZAMUDDIN HUSSAIN