KUALA TERENGGANU, 28 November-Jumlah penduduk terjejas banjir di Terengganu bertambah kepada 9,005 penduduk berbanding 7,637 penduduk setakat pukul 10.00 pagi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu dalam kenyataan memaklumkan, 138 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) kini di buka di enam daerah iaitu Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Dungun, Kemaman dan Marang dengan menempatkan 2,651 keluarga.
Daerah Besut paling ramai iaitu 3621 penduduk, Hulu Terengganu 2155 penduduk, Setiu 2084, Kemaman 699, Dungun 344, dan Marang 102 penduduk.
Manakala bacaan aras air sungai di 13 stesen sungai-sungai utama di Terengganu berada pada aras bahaya.
Hujan ketika ini masih berlaku di kebanyakan tempat.