fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu: Penduduk terjejas cecah 2,765 orang pagi ini

SUMBER JPBNT

KUALA TERENGGANU, 20 November- Situasi banjir di Terengganu terus meruncing apabila jumlah penduduk terjejas yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat drastik kepada 2,765 orang daripada 603 keluarga setakat jam 8.00 pagi ini berbanding hanya 212 orang malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) memaklumkan seramai 2,584 orang daripada 554 keluarga ditempatkan di lima PPS di Kemaman, menjadikannya daerah paling terjejas.

Hulu Terengganu pula merekodkan 94 orang daripada 25 keluarga yang ditempatkan di enam PPS, sementara Setiu menempatkan 69 orang daripada 19 keluarga di satu PPS.

Di Marang, seramai 13 orang daripada empat keluarga telah dipindahkan ke satu PPS, manakala Dungun menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan lima orang daripada satu keluarga kini ditempatkan di satu PPS.

SITI AISHAH MD ISA