fb fb fb fb fb

Banjir Terengganu: Angka penduduk terjejas meningkat kepada 902

FOTO BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 18 Disember - Angka penduduk terjejas banjir di Terengganu meningkat kepada 902 orang setakat pukul 4.00 petang tadi, berbanding 691 orang pada tengah hari.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, Hulu Terengganu menjadi daerah terbaharu dilanda banjir, dimana satu PPS telah dibuka di Kampung Pengkalan Ajal menempatkan 18 penduduk terjejas.

"Kemaman juga merekodkan peningkatan penduduk terjejas banjir kepada 637 orang berbanding 486 tengah hari tadi yang kini berlindung di 12 PPS; menempatkan 171 keluarga.

"Manakala Dungun kekal 247 orang yang berada di dua PPS.

"Ketika ini hujan lebat berlaku di kebanyakan kawasan dan banjir menunjukkan trend peningkatan," menurut kenyataan itu.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM