fb fb fb fb fb

Banjir: Tentera sedia tambah aset dan anggota ke Pantai Timur

KUALA TERENGGANU, 23 Disember- Kekuatan aset dan anggota tentera ke Pantai Timur sedia ditambah bagi menghadapi gelombang banjir seterusnya.

Tindakan itu dibuat ekoran kekerapan bencana dan situasi semasa banjir di ketiga-tiga negeri terlibat.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata penambahan anggota juga mampu membantu menyelaras aturgerak logistik.

Ia merangkumi pemindahan penduduk dan penghantaran bekalan makanan dengan lebih cepat.


(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan)

"Itu boleh diberikan pertimbangan kerana negeri-negeri di Pantai Timur memang banjir setiap tahun. Kekuatan anggota dan aset, kalau perlu ditambah boleh ditambah tetapi sebenarnya untuk kita mobilisasi aset dan anggota ini, ia tidak memakan masa. Kalau kita perlu daripada Melaka, Negeri Sembilan daripada semua kita boleh buat segera.

"Keperluan lebih mendesak di Terengganu untuk digunakan bagi operasi menyelamat di kawasan masing-masing", katanya semasa meninjau penduduk terjejas banjir di Banggol Peradong, Kuala Terengganu.

Ketika ini seramai 308 anggota dan 13 pegawai ditempatkan di Terengganu bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Media Baharu