fb fb fb fb fb

Banjir surut, PPS di Raub ditutup sepenuhnya

(Dua PPS di Raub ditutup apabila banjir yang melanda daerah itu surut sepenuhnya/FOTO HIASAN)

RAUB, 28 November- Dua buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sini ditutup sepenuhnya pukul 1 tengah hari tadi, apabila banjir di daerah itu surut sepenuhnya.

Kesemua 60 penduduk terjejas dalam mukim Batu Talam telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pegawai APM Raub, Kapten (PA) Samasuddin Kambade memberitahu, dua PPS terlibat adalah di Felda Tersang dan Kampung Tersang.

Ia melibatkan PPS Dewan Datuk Seri Adnan Yaakob Felda Tersang 1 yang dibuka pukul 7.00 malam tadi, menempatkan 46 orang daripada 10 keluarga termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU).

Manakala PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Tersang dibuka pagi tadi, menempatkan 14 orang penduduk terjejas daripada tiga keluarga termasuk seorang bayi dan OKU.

(FOTO FB APM PAHANG)

Media Baharu