KUCHING, 19 Januari- Hujan berterusan di Debak sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.
Situasi itu sekali gus memaksa 30 penduduk terjejas daripada enam keluarga ditempatkan di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Millenia.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, PPS tersebut dibuka pada pukul 1.30 pagi tadi.
Kesemua penduduk terjejas tersebut adalah dari dari Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu.