PONTIAN, 20 Oktober -Seramai 81 penduduk terjejas akibat banjir di sini, masih ditempatkan di sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS), hingga pukul 2.00 petang tadi.
Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, PPS yang dibuka ialah di Sekolah Kebangsaan Penerok, mula beroperasi sejak pukul 8.00 malam semalam.
"Ia melibatkan 23 keluarga yang menempatkan penduduk dari Kampung Makam, Penerok dan Kampung Parit Bugis," menurut laporan jawatankuasa itu.