fb fb fb fb fb

Rumah Terbuka Deepavali rentas perbezaan politik, semarak perpaduan

Exco Selangor, V. Papparaidu menyantuni pengunjung yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali / Foto RTM

SHAH ALAM, 20 Oktober - Semangat perpaduan dan keharmonian antara kaum terserlah dalam sambutan Rumah Terbuka Deepavali Exco Selangor, V. Papparaidu, hari ini.

Beliau berkata, ini terbukti apabila pemimpin kerajaan dan pembangkang turut hadir meraikan perayaan itu bersama-sama pelbagai lapisan rakyat.

Menurutnya, penganjuran majlis tersebut mencerminkan politik matang apabila semua pihak dapat berkumpul tanpa mengira ideologi politik.

"Ini menunjukkan politik matang apabila kita meraikan perayaan itu sama sama this despite political difference (walaupun berbeza ideologi politik),. Kita memang raikan semua perayaan baik dari perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan sebagainya. Inilah keunikan kita seperti mana saya cakap tadi Malaysia sebuah negara yg majmuk di mana kita celebrate together all the celebration (rai bersama-sama semua perayaan)," katanya.

"Rumah terbuka menunjukkan hasrat kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Kita jemput semua kerana hasrat kita adalah untuk menyatukan semua," tambah beliau.

V. Papparaidu berkata, sambutan seperti ini membuktikan keunikan masyarakat majmuk di Malaysia yang meraikan semua perayaan secara bersama, sekaligus mengukuhkan semangat kekeluargaan dan perpaduan di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali anjurannya yang dihadiri kira-kira 800 tetamu di Kompleks Perumahan Exco Kerajaan Negeri, Shah Alam.

EMMI NORALIZA ADNAN