KANGAR, 26 November -Situasi banjir di Perlis semakin buruk apabila apabila sebahagian besar kawasan, khususnya di sekitar Bandar Kangar, kini dinaiki air.
Bilangan penduduk yang terjejas turut menunjukkan peningkatan.
Hingga pukul 8.00 pagi tadi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis merekodkan 5,933 penduduk terjejas banjir ditempatkan di 21 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di kawasan Kangar, Padang Besar dan Arau.
Angka tersebut melibatkan 1,755 keluarga, dengan Bandar Kangar mencatatkan jumlah penduduk terjejas tertinggi setakat ini.
Tinjauan RTM di beberapa lokasi sekitar Kangar turut mendapati beberapa kawasan baharu telah mula dinaiki air, sekali gus menambah kesukaran penduduk setempat.
Paras air di beberapa sungai utama di Perlis turut dilaporkan meningkat dan menunjukkan trend yang membimbangkan.