KANGAR, 30 November - Seramai 252 penduduk terjejas banjir daripada 69 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 11.00 malam ini.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Ku Chik Ku Mat Esa dalam kemaskini terkini memaklumkan, dua PPS yang masih aktif ialah PPS Dewan Warisan, Kangar dengan 151 penduduk daripada 45 keluarga.
"Manakala PPS SK Arau kekal dengan 101 penduduk daripada 24 keluarga.
"Dua lagi iaitu PPS SK Titi Tinggi dan PPS SK Guar Nangka telah ditutup pukul 2.30 petang tadi," menurut Ku Chik.