fb fb fb fb fb

Banjir Perak: Penduduk terjejas banjir semakin berkurang

FOTO FAIL

IPOH, 13 November - Lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka dengan menempatkan 347 penduduk terjejas banjir daripada 101 keluarga, berikutan banjir di daerah Hilir Perak dan Kerian, Perak.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata, jumlah itu berkurang berbanding 349 penduduk daripada 103 keluarga malam tadi.

"Di daerah Hilir Perak, 168 orang daripada 49 keluarga berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan 65 orang daripada 21 keluarga.

"Di PPS Dewan Serbaguna Chikus pula menempatkan seramai 34 mangsa daripada lapan keluarga," menurut kenyataan itu.

Bagi daerah Kerian pula seramai 80 orang masih masih berada di dua PPS masing-masing 23 orang (empat keluarga) di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga di di PPS SK Alor Pongsu .

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras amaran 3.46 meter.

TETITIA YUSOFF