fb fb fb fb fb

Banjir Perak: Jumlah penduduk di PPS berkurangan

IPOH, 16 Disember- Jumlah penduduk terjejas banjir di Perak berkurangan.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri menerusi kenyataan memaklumkan, sehingga pukul 6.00 petang tadi hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi.

"PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang Darat di daerah Bagan Datuk menempatkan 14 penduduk daripada 6 keluarga.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Sungai Belukang, Kampung Sungai Tiang dan Kampung Sungai Nipah Darat," menurut kenyataan itu.

(Jumlah penduduk di PPS Perak berkurangan)

Media Baharu