fb fb fb fb fb

12 Pekerja ladang masih trauma, masih terbayang tragedi tanah runtuh

(Antara pekerja ladang yang terselamat daripada tragedi tanah runtuh)

ULU YAM, 16 Disember- 12 pekerja ladang bersyukur apabila terselamat daripada tragedi tanah runtuh Batang Kali.

Menurut mangsa, Khung Thang, dia dan rakan-rakannya hanya mengalami cedera ringan.


(Pekerja ladang, Khung Thang yang terselamat daripada tragedi tanah runtuh di sini) 

Ketika kejadian pada jam 2 pagi itu, mereka sedang tidur sebelum terjaga selepas terdengar bunyi dentuman yang kuat.

Lebih cemas apabila gegaran seperti gempa bumi turut dirasai.

Khung Tang kemudiannya berlari keluar dan terkejut melihat runtuhan tanah itu berlaku di sebelah tapak perkhemahan.

"Saya tengah tidur, tiba-tiba masa tidur dengar bunyi kuat, tengok tanah jatuh," katanya kepada media.

Tang yang juga warga Myanmar sudah dua tahun bekerja di ladang yang terletak bersebelahan tapak perkhemahan itu.

Selepas diselamatkan, Tang masih tidak boleh tidur kerana terlalu trauma dengan tragedi berkenaan.

Ketika ditemui, dia bersama 11 rakannya sedang menunggu diambil majikannya dari Balai Polis Ulu Yam Bharu.

Media Baharu