fb fb fb fb fb

Banjir Perak: Empat PPS masih dibuka

FOTO FAIL

PERAK, 6 November - Seramai 219 penduduk terjejas banjir daripada 63 keluarga di Perak masih ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Hilir Perak dan Kerian.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata, di Hilir Perak, jumlah penduduk terjejas banjir kekal 53 orang daripada 17 keluarga di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak dan 12 daripada tiga keluarga masih di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

"Penduduk terjejas banjirr di Kerian kekal 97 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada tahap bahaya dengan mencatat ketinggian 4.02 meter manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dan Sungai Slim di Slim River pada paras berjaga-jaga, masing-masing dengan 13.29 meter dan 25 meter.

TETITIA YUSOFF