fb fb fb fb fb

Banjir: Pekan Rantau Panjang lumpuh

(Seluruh pekan Rantau Panjang lumpuh selepasi dinaiki air setinggi lebih 0.3 meter)

RANTAU PANJANG, 19 Disember- Seluruh pekan Rantau Panjang lumpuh selepas dinaiki air setinggi 0.3 meter sehingga 0.5 meter susulan hujan lebat dan limpahan air Sungai Golok, sejak malam tadi.

Operasi perniagaan di zon bebas cukai berkenaan ditutup sepenuhnya, selain ada premis yang turut dimasuki air.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Anwar Abu Bakar memaklumkan, pemantauan dan tinjauan secara berkala dibuat bagi memastikan keselamatan penduduk di sini.

"Pihak kami turut menjangkakan jika hujan berterusan, paras air di pekan ini akan terus meningkat," jelasnya kepada media di sini.

Dalam pada itu, Anwar menasihatkan masyarakat setempat untuk tidak bermain air terutama golongan kanak-kanak bagi mengelak sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.

Pada masa sama, beliau memaklumkan kerjasama dengan agensi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) turut dijalin bagi melancarkan lagi operasi menyelamat pada banjir kali.

(Paras air di pekan Rantau Panjang diramal meningkat lagi jika hujan berterusan)

Media Baharu