fb fb fb fb fb

Banjir Pahang: Jumlah penduduk terjejas terus meningkat, satu lagi PPS dibuka

FOTO APM

KUANTAN, 28 DIisember- Jumlah penduduk terjejas di negeri Pahang menunjukkan peningkatan dengan pusat pemindahan sementara (PPS) baharu mula dibuka masing-masing satu di daerah Maran dan Bera.

Pertambahan itu, menjadikan keseluruhan penduduk terjejas di negeri ini, seramai 131 orang daripada 39 keluarga ditempatkan di lima PPS. Menurut laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), mereka yang terlibat dari daerah Jerantut, Kuantan, Maran dan Bera.

Seramai 76 orang penduduk daripada 26 buah keluarga di daerah Kuantan ditempatkan di PPS SK Fakeh Abdul Samad manakala 18 orang daripada tiga buah keluarga dari daerah Jerantut kekal ditempatkan di SK Teh dan 24 orang daripada tujuh keluarga pula ditempatkan di SK Tebing Tinggi.

Manakala, Balai Raya Kampung Baru Pertanian di Maran pula melibatkan pemindahan empat orang daripada sebuah keluarga manakala SK Bukit Gemuruh di Bera melibatkan sembilan orang daripada dua keluarga.

Setakat tengahari ini juga, lima buah sungai direkodkan melepasi paras bahaya iaitu Sungai Pahang di Waterfront, Bera; Sungai Keratong di Jalan Kota Bahagia, Rompin; Sungai Pahang di Kuala Krau, Temerloh dan Sungai Pahang di Paloh Inai dan Kuala Sungai Chini di Pekan.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE