fb fb fb fb fb

Banjir: Lebih 7,000 terjejas di Johor setakat 6 pagi ini

FOTO FB Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Johor

JOHOR, 9 Januari- Bilangan penduduk terjejas banjir di Johor kekal 7,324 orang daripada 2,062 keluarga yang berlindung di 49 pusat pemindahan sementara (PPS), setakat pukul 6.00 pagi tadi.

Menurut data terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), dearah Kota Tinggi kekal paling ramai penduduk terjejas dengan 4,707 orang melibatkan 1,289 keluarga di 26 PPS.

Ia diikuti Johor Bahru iaitu seramai 840 orang melibatkan 233 keluarga di lima pps, manakala Kluang adalah 1,601 orang daripada  493 keluarga di 13 PPS.

Sementara itu, daerah lain seperti Kulai merekodkan 86 orang dengan 23 buah keluarga; Pontian, 17 orang daripada empat keluarga; dan Segamat, 73 penduduk daripada 20 buah keluarga di tiga serta sebuah PPS.

Dalam pada itu, dua jalan di Kota Tinggi dan satu jalan di Johor Bahru serta Segamat masih ditutup untuk semua jenis kenderaan.

SITI AISHAH BINTI MD ISA