fb fb fb fb fb

Banjir: Lebih 31,000 penduduk terjejas di Johor

(Foto BERNAMA)

JOHOR, 2 Mac- Seramai 31,043 penduduk terjejas banjir daripada 8,656 keluarga di Johor.

Menurut portal InfoBencanaJKM, sebanyak 220 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pukul 11.22 malam tadi.

Daripada jumlah itu, 11,286 lelaki dewasa manakala 11,321 lagi perempuan dewasa.

"Kanak-kanak lelaki pula 4,049 orang dan kanak-kanak perempuan, 3,700 orang. Bayi lelaki, 352 orang dan bayi perempuan, 335 orang," katanya.

Selain Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Sarawak turut dilanda banjir.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu