fb fb fb fb fb

Banjir kilat Yan: NGO hulur sumbangan kepada penduduk terjejas  

(Penduduk terjejas banjir menerima sumbangan dari Himpunan Anak-Anak Muda Madani Kedah)

YAN, 10 Julai- Kesukaran penduduk di beberapa kampung di mukim Yan, Kedah yang terjejas banjir sedikit terubat apabila menerima bantuan barang keperluan.
 
Sumbangan disalur oleh Badan Bukan Kerajaan NGO dikenali Himpunan Anak-Anak Muda Madani Kedah. 

Pengarah NGO berkenaan, Datuk Zuraidi Rahim berkata sumbangan diharap dapat meringankan bebanan penduduk yang terjejas dengan musibah itu.

Selain meninjau kawasan banjir dan menyantuni penduduk yang terjejas, beliau berharap,barangan sumbangan dapat diberikan di setiap isi rumah yang terlibat.


(Banjir kilat menjejaskan Kampung Teroi Bukit, Kampung Titi Teras, Kampung Perigi dan kawasan rekreasi Lubuk Kawah)

Semalam, banjir kilat telah menjejaskan Kampung Teroi Bukit, Kampung Titi Teras, Kampung Perigi dan kawasan rekreasi Lubuk Kawah.
 
Kira-kira 20 kediaman terjejas apabila hujan lebat berterusan sejak petang Sabtu menyebabkan air naik melimpah ke kediaman mereka.

Media Baharu