fb fb fb fb fb

2 maut 7 cedera parah dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan

SEREMBAN, 10 Julai - Insiden kemalangan membabitkan sebuah bas dan sebuah kereta di Kilometer 285.5, Lebuhraya Utara-Selatan, arah utara pagi tadi, mengakibatkan dua maut dan tujuh penumpang bas cedera parah.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai, Komander Operasi Bakarya Mohd Salleh berkata dalm kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) negeri menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 5.00 pagi tadi.

Memaklumkan perkembangan terkini insiden itu, katanya jumlah mangsa terlibat yang menaiki bas tersebut adalah 22 individu termasuk dua yang maut iaitu pemandu bas (lelaki) dan penumpang wanita warga Indonesia.

"13 mangsa (penumpang) lain cedera ringan dan dibawa ke unit Kecemasan Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), di sini," katanya.

Bakarya berkata mangsa yang menaiki kereta pula terdiri daripada seorang lelaki dan seorang perempuan mengalami kecederaan dan menerima rawatan di hospital.

(Gambar bas yang terbabit kemalangan di Kilometer 285.5, Lebuhraya Utara-Selatan,
arah utara pagi tadi)

Media Baharu