fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Taiping, 39 penduduk terjejas dipindahkan

TAIPING, 28 Ogos- 39 penduduk dari Kampung Ulu Larut, dipindahkan ke satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air akibat banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Larut Matang Selama berkata, kesemua mangsa mula ditempatkan di Dewan Orang Ramai Air Kuning pada pukul 8.00 malam tadi.

"Mereka membabitkan 10 keluarga, terdiri daripada 11 lelaki, 12 perempuan, 15 kanak-kanak serta seorang bayi," katanya.


(Anggota bomba menyelamat warga emas di kawasan banjir di sini)

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.05 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Batu Kurau dan Bagan Serai dikejarkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di kawasan terlibat, beberapa kediaman penduduk telah dinaiki air dan kerja-kerja penyelamatan dijalankan.

Ketika ini, kerja-kerja pemantauan sedang giat dilakukan.

 

Media Baharu