fb fb fb fb fb

Penubuhan MTOP bantu golongan OKU

BATU GAJAH, 28 Ogos- Penubuhan Majlis Tindakan OKU Perak (MTOP) diharap dapat membantu golongan itu menyuarakan sebarang aduan atau cadangan terus kepada kerajaan negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia dicadangkan sendiri oleh kumpulan itu ketika sesi libat urus Perak Sejahtera 2030, baru-baru ini.


(Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad bertemu media selepas Majlis Jalinan
Mesra bersama golongan OKU di Arena Square di sini)

Jelasnya, golongan itu sebelum ini tidak mempunyai platform khusus untuk menyuarakan pandangan mereka.

"Tapi bila dibawa dalam MTOP ia satu platform rasmi yang kerajaan tidak boleh padang ringan, dia macam kita buat majlis perundangan belia negeri, apa juga yang diputuskan oleh majlis perundangan belia negeri akan dibawa oleh exco belia ke dalam mesyuarat exco, sama juga dengan ini jadi kita harap MTOP ini akan berfungsi seperti mana yang sepatutnya untuk memenuhi harapan yang tinggi di kalangan OKU," katanya selepas Majlis Jalinan Mesra Menteri Besar Perak bersama Golongan OKU di Arena Square Batu Gajah.

Tambahnya MTOP akan dipengerusikan oleh Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak, Datuk Dr. Wan Norashikin Wan Noordin.

Media Baharu