fb fb fb fb fb

FAMA Perak sasar RM1 juta menerusi program JTDLKM sehingga hujung tahun ini

GOPENG, 28 Ogos- Nilai jualan sebanyak RM1 juta disasar menerusi program Jualan Terus Dari Ladang Keluarga Malaysia (JTDLKM) dan Jelajah Akuakultur, sehingga penghujung tahun ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak, Noorsham Ramly optimis sasaran itu dapat dicapai hasil jualan di 100 lokasi terpilih seluruh negeri.


(Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perak, Noorsham Ramly)

Sejak 1 Jun lalu, program JTDLKM Perak telah dilaksanakan di 53 lokasi melibatkan 194 usahawan dengan jualan terkumpul melebihi RM571,000.

"Sambutan memang baik bila kita buat program ini kita buat bersesuaian dengan keperluan setempat jadi sambutan daripada rakyat setempat itu memang baiklah, bila kita buat di Teluk Intan di Lenggong memang ada sambutan yang kita terima daripada penduduk setempat," katanya selepas majlis pelancaran program di RTC Gopeng di sini.

JTDLKM merupakan satu lagi usaha yang dilaksanakan kerajaan bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup dengan penjimatan sehingga 10 peratus.

Ia merangkumi Kempen Promosi Lebihkan Makan Ikan Tawar, buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan serta beberapa produk industri makanan terpilih.

Sehingga Disember, FAMA menyasarkan sebanyak 840 kali penganjuran JTDLKM di 70 lokasi seluruh negara.

Media Baharu